Klinik An-Nur Jempol | Penjagaan Kesihatan Keluarga
Klinik Pilihan Ramai di Bandar Seri Jempol

Penjagaan Kesihatan Berkualiti Untuk Anda & Keluarga

Kami komited menyediakan perkhidmatan kesihatan primer yang bertaraf tinggi, responsif, dan komprehensif. Setiap rawatan dikendalikan dengan penuh etika oleh barisan pegawai perubatan kami yang bertauliah dan berpengalaman luas.

Walk-in
Kecemasan
Panel Korporat

Klinik Panel Kepada Agensi & Korporat

Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik
Panel Klinik

Kenapa Pilih Klinik An-Nur Jempol?

Kami menerapkan standard klinikal yang ketat dengan penekanan kepada pemantauan dan tindakan susulan (follow-up) pesakit. Ini bagi memastikan intervensi rawatan mencapai hasil yang optimum dan tahap kesihatan pelanggan sentiasa terjamin.

Doktor Berpengalaman

Dikendalikan oleh pasukan perubatan bertauliah.

Harga Berpatutan

Kos rawatan dan ubatan yang mampu milik.

Klinik Selesa

Ruang menunggu yang mesra keluarga & bersih.

Rawatan Cepat

Pengurusan sistematik untuk jimatkan masa anda.

Servis & Rawatan Kami

Pelbagai perkhidmatan disediakan dalam satu tempat. Dari rawatan luka kencing manis hinggalah pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Rawatan Saraf

Rawatan Saraf

Bermula Mengikut Rawatan

Sakit Sendi, Pinggang & Kebas

Rawatan untuk gangguan/kerosakan sistem saraf seperti Bell's palsy, slip disc, strok, carpal tunnel, dan kebas-kebas. Sesuai untuk warga emas, pesakit diabetes, dan pekerja berat.

  • Ubatan yang telah terbukti keberkesanannya
  • Rawatan teliti oleh doktor
WhatsApp Sekarang
Modern Dressing

Modern Dressing

Bermula RM20

Rawatan Luka Kencing Manis

Rawatan luka diabetes dan ulser memerlukan penjagaan klinikal yang rapi. Kami menggunakan aplikasi teknik 'Modern Dressing' untuk mengawal kelembapan luka, merangsang pembentukan tisu baharu secara optimum, dan mencegah jangkitan silang.

  • Pemantauan klinikal berterusan
  • Teknik balutan steril & selamat
WhatsApp Sekarang
Cuci Telinga

Cuci Telinga

Bermula RM30

Ear Irrigation Profesional

Masalah tahi telinga keras (impacted cerumen) boleh menjejaskan pendengaran. Melalui prosedur ini, kotoran akan dibersihkan menggunakan tekanan air terkawal dengan selamat tanpa mencederakan gegendang telinga.

  • Harga berbeza untuk sebelah atau dua belah
  • Mengembalikan keselesaan pendengaran
WhatsApp Sekarang
Suntikan Typhoid

Suntikan Typhoid

Bermula RM75

Pencegahan Demam Kepialu

Langkah pencegahan utama selaras dengan piawaian KKM bagi pengusaha dan pengendali makanan. Proses suntikan adalah ringkas, pantas, dan membantu membendung penyebaran bakteria berbahaya.

  • Buku & Sijil Vaksin disediakan terus
  • Diwajibkan untuk sektor F&B
WhatsApp Sekarang
Ujian Darah Pantas

Ujian Darah Pantas

Bermula RM35

Full Blood Count (FBC)

Jangan pandang remeh pada demam yang berlarutan. Kami menawarkan ujian profil darah ini secara terus bagi mengesan tanda awal jangkitan Denggi, virus, atau bakteria seawal hari pertama anda demam.

  • Keputusan makmal yang cepat
  • Intervensi dan diagnosis awal
WhatsApp Sekarang
Health Screening

Pemeriksaan Kesihatan

Bermula RM75

Saringan Kesihatan Komprehensif

Pencegahan lebih baik daripada merawat. Lakukan saringan profil lipid, fungsi buah pinggang, dan ujian gula (HBA1C). Konsultasi laporan perubatan akan diberikan oleh pegawai perubatan secara terperinci.

  • Analisis tahap kesihatan menyeluruh
  • Pakej saringan berkala yang berbaloi
WhatsApp Sekarang
Pakar Perubatan Anda

Kenali Pasukan Kami

Kami dibarisi oleh pegawai perubatan (Medical Officers) yang berpengalaman, komited dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Dr. Khairul Izwan

Dr. Khairul Izwan

Medical Officer • 16 Tahun Pengalaman

UKM (2010) | MMC: 54132

Berpengalaman dalam rawatan pesakit luar serta penjagaan kesihatan primer. Komited dalam memberikan rawatan profesional, selamat dan mesra pesakit.

Dr. Abu Bakar

Dr. Abu Bakar

Medical Officer • 6 Tahun Pengalaman

Widad Univ (2019) | MMC: 100086

Komited terhadap rawatan berpusatkan pesakit. Berpengalaman dalam rawatan umum, kesihatan keluarga dan pengurusan kesihatan harian.

Dr. Nur Azimah

Dr. Nur Azimah

Medical Officer • 6 Tahun Pengalaman

Mahsa Univ (2019) | MMC: 97290

Berpengalaman urus penyakit akut/kronik dan pemeriksaan kesihatan. Sentiasa mengutamakan kebajikan & keselesaan pesakit di klinik am.

Dr. Mohd Khairul Nizam

Dr. Mohd Khairul Nizam

Medical Officer • 5 Tahun Pengalaman

Widad Univ (2020) | MMC: 103860

Pakar dalam konsultasi pesakit luar, rawatan susulan, prosedur kecil pembedahan dan pendidikan kesihatan secara terus kepada pesakit.

Dr. Mohamad Mustafa

Dr. Mohamad Mustafa

Medical Officer • 6 Tahun Pengalaman

UiTM (2017) | MMC: 89112

Berdedikasi memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti. Berpengalaman luas merangkumi rawatan primer, saringan dan penyakit kronik.

Apa Kata Pesakit Kami?

Keyakinan anda keutamaan kami. Ini adalah ulasan telus daripada pesakit-pesakit kami.

Posted on Google Google
Nur Syafiqa profile picture
Nur Syafiqa
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Everything is excellent! Doktor explain sangat bagus. Harga pun murahhh untuk test influenza n ubat antiviral. Thank you klinik AnNur!
Posted on Google Google
Nur Farahin Aziz profile picture
Nur Farahin Aziz
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat berpuas hati dengan layanan di klinik ini. Staff semua sangat baik, mesra dan membantu. Doktor pun sangat friendly, teliti dan explain keadaan dengan jelas, Proses pemeriksaan pun berjalan dengan lancar. Terima kasih atas layanan yang baik dan professional. Memang recommended! ❤️ Thankyouuu Klinik An Nur 😍🥰
Posted on Google Google
eisya aliah profile picture
eisya aliah
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Staff dan doctor peramah. Layanan dan penerangan yg bagus. Harga yg berpatutan dan murah.
Posted on Google Google
GRENGGOO OFFICIAL profile picture
GRENGGOO OFFICIAL
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik... Staf dgn doktr baik layanan nye...
Posted on Google Google
Official_dekja AB profile picture
Official_dekja AB
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
As salam. I have no complaints at all about the doctors, nurses, or the services provided by the clinic. However, I was very disappointed and confused by the clinic’s advertising for the typhoid injection promotion. The advertisement stated a promotional price of RM39+, so naturally I contacted the clinic expecting to get the advertised promotional rate. However, when I contacted them, I was told that the price was actually around RM80, and that the RM39+ price was apparently no longer a promotion. My concern is not about paying RM80. It is about the misleading advertising and lack of clarity. If the promotion has ended, the advertisement should be removed or clearly updated so customers are not led to believe that the promotional price is still available. It is frustrating to contact a clinic based on an advertised promotion, only to find out that the advertised price is no longer applicable. Clear and transparent pricing is important, especially when it comes to healthcare services. Hopefully, the clinic will review and update its advertisements accordingly so other customers do not have the same experience. Thanks
Posted on Google Google
abande 69 profile picture
abande 69
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
klinik baru, staff bagus, doktor bagus, suasana klinik tenang, harga terbaik, lepas ni mmg sy akan jadikan klinik an nur ni sebagai klinik pilihan sy sekeluarga, ni review ikhlas dr sy yg telah menerima rawatan dari doktor nur azimah, terima kasih atas layanan dan rawatan yg terbaik yg telah diberikan, kekalkan keramahan dalam melayani pesakit anda.. terima kasih.. Assalamualaikum..
Posted on Google Google
nazatul shahirah profile picture
nazatul shahirah
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Best service, staff mesra, Alhamdulillah harga berpatutan. Terima kasih.
Posted on Google Google
NUR FARAH ADILAH MUHD NADZERI profile picture
NUR FARAH ADILAH MUHD NADZERI
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good service and environment,,,dokter and staff pun peramah weyh😁😘,, harga murah total ubat (nab+selsema+batuk+influenza B antibiotik+paru²+swab test influenza) RM80 je🥰terkejut juga tgk harga,klu dkt Selangor xdpt hrga mcm tu🤣,,cuma maybe boleh tukar jadi klinik 24 hours sebab susah nak cari klinik tengah² malam jika anak sakit huhu.. #KamiPerantauDaripadaSelangor
Posted on Google Google
Afiq Rahimie profile picture
Afiq Rahimie
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Ngamm
Verified by Trustindex
Trustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more
N

Nurul Hidayah

"Klinik sangat selesa, doktor beri penerangan yang jelas. Bawa anak demam ke sini, layanan staff sangat mesra dan cepat."

L

Lim Wei Jie

"Buat rawatan luka diabetes ayah kat sini (modern dressing). Alhamdulillah nampak perubahan, luka cepat kering. Harga pun sangat berpatutan."

P

Prakash Rao

"Suntikan typhoid murah dan pantas. Tak perlu tunggu lama. Klinik pun bersih dan moden. Sangat disyorkan untuk orang area Jempol!"

K

Kavitha

"Pertama kali datang buat full blood count sebab demam. Doktor terangkan satu persatu keputusan darah. Sangat berpuas hati dengan servis."

F

Fahmi Roslan

"Rawatan saraf pinggang kat sini memang terbaik. Ruang menunggu luas, selesa, staff pun friendly. Memang lima bintang."

Soalan Lazim (FAQ)

Pencerahan kepada persoalan yang sering diajukan oleh pelanggan kami.

1. Adakah saya perlu buat temujanji sebelum datang ke klinik?
Tidak semestinya. Anda dialu-alukan untuk datang secara terus (walk-in) atau untuk kes kecemasan. Namun, bagi mengelakkan waktu menunggu, anda boleh buat temujanji terlebih dahulu melalui WhatsApp kami.
2. Apakah waktu operasi Klinik An-Nur Jempol?
Klinik kami beroperasi SETIAP HARI bermula dari jam 9.00 Pagi sehingga 10.00 Malam. Kami juga beroperasi seperti biasa pada hujung minggu dan kebanyakkan cuti umum.
3. Di manakah lokasi tepat klinik ini?
Kami terletak di No. 287, Tingkat Bawah, Jalan Serting Utama 7, Taman Serting Utama, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Anda boleh gunakan Waze atau Google Maps dan cari carian "Klinik An-Nur Jempol".
4. Adakah klinik menerima pesakit dari panel korporat?
Ya, kami menerima rawatan pesakit dari pelbagai rangkaian panel syarikat dan korporat. Anda boleh semak kelayakan panel anda di kaunter pendaftaran kami sebelum mendapatkan rawatan.
5. Saya pekerja restoran, adakah suntikan Typhoid disediakan?
Ya, klinik kami menyediakan perkhidmatan Suntikan Typhoid dengan harga bermula RM75. Pengendali makanan juga akan terus diberikan kad/buku rekod vaksin selepas prosedur selesai.
6. Saya demam teruk tapi baru 1 hari. Boleh ke buat ujian darah?
Boleh. Kami menyediakan Ujian Darah Pantas (Full Blood Count) untuk membantu mengesan tanda-tanda awal seperti denggi, jangkitan virus, atau bakteria kuman tanpa perlu menunggu demam berpanjangan melepasi 3 hari.
7. Adakah terdapat rawatan untuk luka kencing manis kronik?
Ya, kami pakar dalam mengendalikan luka kencing manis lambat sembuh menerusi prosedur 'Modern Dressing'. Teknik ini selamat, dapat merangsang penyembuhan tisu baharu, dan harga caj juga berpatutan bermula dari RM20.
8. Berapakah harga pakej Pemeriksaan Kesihatan (Health Screening)?
Harga saringan kesihatan komprehensif kami bermula dari RM75. Ia akan merangkumi ujian darah, semakan kolesterol, gula (diabetes), serta konsultasi laporan perubatan dari doktor kami.
9. Adakah persekitaran klinik selesa untuk kanak-kanak dan warga emas?
Sudah tentu. Klinik An-Nur Jempol direka khas berkonsepkan mesra keluarga. Ruang menunggu sangat selesa, luas, dan mudah diakses untuk pelbagai peringkat umur termasuk warga emas.
10. Bagaimana saya boleh mendapatkan konsultasi mengenai sakit saraf (kebas/slip disc)?
Anda boleh hadir ke klinik kami untuk pemeriksaan fizikal dan diagnosis lanjut. Doktor kami akan menilai punca masalah sendi atau saraf tersebut dan mencadangkan kaedah intervensi dan rawatan perubatan yang sesuai.

Lokasi Kami

Kunjungi Klinik An-Nur Jempol pilihan ramai yang terletak secara strategik di Bandar Seri Jempol. Fasiliti kami amat mudah diakses, berhampiran dengan tanda tempat (landmark) seperti Jati Frozen dan Sekolah Kebangsaan Dato’ Penghulu Luak Jempol.

  • Alamat Penuh

    NO. 287, Tingkat Bawah, Jalan Serting Utama 7,
    Taman Serting Utama,
    Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Dapatkan Arah (Google Maps)